Kerajaan perlu memaklumkan lebih awal sekiranya memutuskan untuk menarik semula larangan eksport ayam ke Singapura.<br /><br />Ini kerana, banyak perkara perlu dilaksana penternak seperti mengaktifkan semula ternakan yang khusus untuk diimport.<br /><br />Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ternakan yang dijual untuk pasaran tempatan tidak sama berbanding tujuan import.
